Orang
China berbangga kerana Tembok Besar projek yang paling besar dalam sejarah
manusia. Tembok Besar itu berliku-liku, terletak di utara China dan mempunyai
pemandangan alam yang unik, sehingga dikunjungi oleh ramai pelanconng China
dan luar negara. Pada tahun 1087, Tembok Besar telah disenaraikan oleh UNESCO
sebagai warisan budaya dunia.
Tembok
besar mulai dibina pada zaman Negara_Negara Berperang lebih 2000 tahun yang
lalu, merupakan projek pertahanan pada zaman purba yang paling panjang dan
paling besar di dunia.
Sebelum
Maharaja Qinshihuang menyatukan China pada tahun 221 sebelum Masihi, banyak
negeri di pelbagai tempat di China telah membina Tembok Besar. Setelah Dinasi
Qin ditubuhkan, Tembok Besar di pelbagai negeri dihubungkan menjadi
"Tembok Besar" tembok pertama yang sepanjang lebih 5 ribu
kilometer. Sehingga Zaman Dinasti Han, Tembok Besar sepanjang 10 ribu
kilometer.
Tembok
besar yang dilawati oleh pelancong kini adalah Tembok Besar yang dibina Pada
Zaman Dinasti Ming lebih 700 tahun yang lalu. Lama-kelamaan, kebanyakan
Tembok Besar yang dibina pada pelbagai Dinasti tidak utuh. Tetapi, Tembok
Besar yang dipelihara dengan agak utuh ialah Tembok Besar yang dibina pada
Zaman Dinasti Ming. Ia bermula dari Tembok Gerbang Jiayuguan Provinsi Gansu di
barat China, sehingga ke Sungai Yalu di Provinsi Heilungjiang timur laut
China, panjangnya lebih 6 ribu kilometer.
Ketua Setiausaha Persatuan Pengkajian Tembok Besar
China Encik Dong Yaohui berkata: "Dalam catatan sejarah, Tembok Besar
pada Zaman Dinasti Ming sepanjang 6350 kilometer".
Projek
utama Tembok Besar ialah tembok yang tinggi dan panjang, ia dibina di puncak
yang gunung tinggi atau dataran yang bentuk buminya berbahaya, agar dapat
mengadakan pertahanan yang baik. Di atas Tembok Besar, terdapat seratus buah
tembok gerbang serta puluhan ribu buah stesen pengesan musuh dan menara
pengawal. Pasukan yang mengawal di Tembok Besar akan menggagalkan serangan
musuh dengan menggunakan tembok yang tinggi dan kukuh. Banyak pertempuran
yang dahsyat dilancarkan di Tembok Besar.
Tembok
Besar juga telah mengalakkan pembangunan ekonomi China. Pada masa dahulu,
penduduk yang menetap di utara China ialah etnik minoriti nomad, orang bangsa
Han yang menetap di daerah tengah China membina Tembok Besar secara berterusan
untuk melindungi hasil pertanian dan mencegah rompakan kaum nomad. Encik Dong
Yaohui berkata: " Tamadun bangsa China dapat dikekalkan dalam jangka
panjang, dan sistem pertanian dapat berkembang dengan cepat, Tembok besar
telah memainkan peranan yang amat penting. Ia menjamin perkembangan tenaga
produktif yang maju, dan juga menggalakkan perkembangan ekonomi di kawasan
nomad, agar pertanian dan ekonbomi kaum nomad mencapai perkembangan yang
besar.
Malahan kini, Tembok Besar bukan hanya sebagai
kemudahan ketenteraan, ia menjadi salah satu lambang bangsa China. Ia telah
menarik ramai pelancong asing. Tembok Gerbang Juyongguan Badaling di pinggir
Bandar Beijing, Tembok Gerbang Jiayuguan di Provinsi Gansu serta Tembok
Gerbang Huangyaguan Tianjin dn Tembok Gerbang Shanhaiguan Provinsi Hebei
sudah menjadi destinasi pelancongan Tembok Besar yang terkenal di China dan
luar negara.
Tembok
Besar Badaling yang terletak di utara Beijing dipelihara dengan paling utuh,
satu tempat yang selesa untuk mendaki tembok besar dan menikmati
pemandangannya. Tembok yang tinggi dan kukuh, kebanyakannya dibina dengan
batu granit dengan berlatarbelakangkan gunung, ketinggiannya purata kira-kira
8 meter, terdapat sebuah stesen pengesan musuh yang terletak sejauh 200 meter
antara satu sama lain.
Pada
setiap hari, terdapat ramai pelancong China dan luar negara yang melawat
Tembok Besar. Encik Bernas dari Perancis berkunjung ke Tembok Besar buat kali
kedua. Beliau berkata: "Ini adalah kali kedua saya melawat Tembok Besar.
Ia merupakan salah sebuah tembok yang sangat megah dan paling besar di dunia.
Saya berasa terharu dan amat gembira setelah datang ke sini dan tidak akan
melupakannya. Walaupun, pada musim sejuk, salji melitupi puncak gunung,
tertapi hari tetap cerah. Saya berharap, jika anda berpeluang ke China,
jangan lupa melawat Tembok Bersar, dan ia tentu akan meninggalkan
kenag-kenangan yang manis.
Dalam masa
10 tahun yang lalu, China melaksanakan projek perlindungan Tembok Besar,
membaik pulih sebahagian runtuhan Tembok Besar. Ketua Setiausaha Persatuan
Pengkajian Tembok Besar China Encik Dong Yaohui menjelaskan: "Sebagai artifak yang istimewa, Tembok Besar tidak boleh disimpan sama seperti
bangunan purba yang lain, Oleh itu, kerja perlindungan Tembok Besar perlu
kerjasama semua orang dan meningkatkan kesedaran di kalangan semua rakyat
untuk melindunginya.
|
Sunday, 22 April 2012
TEMBOK BESAR CINA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bagi fakta ekonomi, bolehkah saya tahu mana dapat infomasi itu?
ReplyDelete