Sunday, 22 April 2012

KARYA SENI DALAM TAMDUN CINA

Karya-karya Gu Kai Zhi (Dinasti Jin)


Luo Shen Fu Tu yang menggambarkan cerita cinta antara Cao Zhi dengan Luo Shen, seorang dewi


Nv Shi Zhen Tu
Tamadun China
">

MAHARAJA KUNING

 Maharaja Kuning atau Huangdi ialah seorang pemerintah dan wira budaya legenda Cina yang tergolong di kalangan Tiga Tokoh Mulia dan Lima Maharaja. Mengikut kisah turun-temurun, baginda memerintah pada tahun 2697–2597 SM atau 2696–2598 SM. Pendewaan baginda menyerlah pada akhir Zaman Negeri-Negeri Berperang dan awal zaman Dinasti Han, apabila baginda diceritakan sebagai pengasas sebuah negara berpusat, penaung seni esoterik, pemerintah kosmos, dan juga raja dunia ghaib. Maharaja Kuning juga dipercayai telah menyumbangkan pelbagai ciptaan dan inovasi, dan juga dianggap sebagai pengasas tamadun Cina serta leluhur kepada seluruh kaum Cina Huaxia.

Asal-usul

Asal-usul legenda Huangdi itu kurang dipastikan, namun para ahli sejarah telah merumuskan beberapa hipotesis tentangnya. Yang Kuan , seorang ahli Aliran Meragui Kepurbaan (1920-an–1940-an), berhujah bahawa Maharaja Kuning diterbitkan daripada Shangdi, iaitu dewa tertinggi yang dipuja ketika dinasti Shang. Pandangan Yang ini berasaskan rantaian Shangdi  → Huang Shangdi  → Huangdi  → Huangdi , yang mana dia berhujah bahawa huang  ("kuning") merupakan bentuk varian bagi huang  ("agung") ataupun digunakan sebagai nama pantang bagi  itu.
Ahli sejarah Mark Edward Lewis bersetuju bahawa huang  dan huang  boleh ditukar ganti, tetapi tidak bersetuju dengan Yang dan berhujah bahawa huang yang bermaksud "kuning" wujud terlebih dahulu. Berasaskan apa yang diakuinya sebagai "etimologi baharu" yang menyamakan huang  dengan wang  ("pawang bakar" dalam upacara membuat hujan Shang) yang serupa sebutannya, Lewis berhujah bahawa "Huang" dalam gelaran Maharaja Kuning ini mungkin bermaksud asal "pawang pembuat hujan" atau "upacara pembuatan hujan." Dengan memetik versi akhir Zaman Negeri-Negeri Berperang dan awal zaman Han bagi mitos Huangdi, dia berhujah lagi bahawa tokoh Maharaja Kuning berasal daripada upacara pembuatan hujan yang mana Maharaja Kuning melambangkan kuasa hujan dan awan, sementara lawannya Chi You (atau Yandi) melambangkan api dan kemarau.
Turut tidak setuju dengan hipotesis Yang Kuan, Sarah Allan mendapati adalah tidak mungkin mitos yang dikenali ramai seperti Maharaja Kuning menjelma daripada penggunaan aksara pantang. Sebaliknya, dia berhujah bahawa "sejarah" pra-dinasti Shang, termasuk kisah Maharaja Kuning, "boleh difahami sebagai transformasi dan pensisteman lanjut bagi mitos Shang." Pada pandangannya, Huangdi asalnya seorang "raja alam ghaib" yang tidak bernama (atau "Mata Air Kuning"), iaitu sama taraf dengan dewa angkasa dinasti Shang, iaitu Shangdi. Ketika itu, para raja Shang mengaku bahawa para leluhur mereka yang dikaitkan dengan "[sepuluh] matahari, burung, timur, kehidupan, [dan] Tuhan Tertinggi" (iaitu Shangdi), pernah mengalahkan sebuah lagi kaum awal yang dikaitkan dengan "dunia ghaib, naga, barat." Selepas kerajaan Shang diganti oleh Zhou pada abad ke-11 SM, para pemimpin Zhou menafsirkan semula mitos Shang, yang mana kerajaan Shang telah menumpaskan sebuah wangsa pemerintah sebenar yang dipanggil dinasti Xia. Menjelang zaman Han – seperti yang tertera pada catatan Sima Qian dalam Shiji – Maharaja Kuning selaku raja dunia ghaib yang dikaitkan dengan kerajaan Xia, menjadi seorang raja bersejarah yang para pewarisnya dikatakan mengasas kerajaan Xia.

Maharaja Kuning pada zaman pra-maharaja

Perihalan Maharaja Kuning mula tertera dalam naskhah-naskhah Cina pada zaman Negeri-Negeri Berperang. "Rujukan masih ada yang paling kuno" kepada Huangdi merupakan prasasti pada sebji bekas gangsa yang dibuat pada separuh pertama abad ke-4 SM oleh kerabat diraja negeri Qi. Seperti yang ditunjukkan oleh Michael Puett, ini adalah salah satu rujukan kepada Maharaja Kuning pada abad ke-4 dan ke-3 SM dalam perihalan sejarah pembentukan negara.

Unsur-unsur mitos Huangdi

Sebuah batu bersurat bertapak kura-kura di Shou Qiu yang dipercayai sebagai tempat kelahiran Maharaja Kuning.

Kehidupan awal

Menurut Huangfu Mi (215–282), Maharaja Kuning lahir di Shou Qiu ("Bukit Panjang Umur"),yang kini terletak di pinggir bandar Qufu di Wilayah Shandong. Mula-mula, baginda tinggal bersama puaknya di rantau barat laut dekat Sungai Ji (yang dipercayai merupakan Sungai Fen di Shanxi). Kemudian, baginda berhijrah ke Zhuolu yang kini dalam Wilayah Hebei, di mana baginda menjadi seorang petani dan menjinakkan enam jenis binatang yang istimewa, iaitu beruang , beruang perang, dan xiū  yang kemudiannya bergabung menjadi satu makhluk Pixiu, chū , dan harimau . Oleh itu, Ye Shuxian mengaitkan Maharaja Kuning dengan legenda-legenda beruang yang diperdengarkan di kalangan kaum-kaum Asia timur laut dan juga legenda Dangun.
Maharaja Kuning dan Maharaja Yan merupakan ketua-ketua bagi sebuah puak ataupun segabungan dua puak dekat Sungai Kuning, pada satu zaman yang disebut oleh buku sejarah China moden sebagai "masyarakat primitif." Maharaja Yan berasal dari sebuah kawasan yang berlainan dekat Sungai Jiang (yang disangka sebagai Sungai Wei pada zaman sekarang). Kedua-dua maharaja ini hidup pada zaman yang penuh dengan peperangan. Setelah Maharaja Yan terbukti tidak dapat menenteramkan keadaan dalam wilayahnya, Maharaja Kuning berusaha mengukuhkan penguasaannya ke atas berbilang paksi yang saling berperang itu.

Pencapaian

Gambaran Maharaja Kuning pada makam dari pertengahan abad ke-2 M. Kata prasasti: "Maharaja Kuning mewujudkan dan mengubah pelbagai perkara; baginda mencipta senjata dan sistem sawah; baginda mencipta baju dan seluar, serta menubuhkan istana dan rumah."
Menurut kisah Cina tradisional, Maharaja Kuning dikenang kerana meningkatkan mata pencarian para pemburu yang berpindah-randah dalam puaknya. Baginda mengajar mereka membina tempat berteduh, menjinakkan haiwan liar, dan bercucuk tanam. Di samping itu, baginda juga dikatakan mencipta pedati, perahu dan pakaian.

Antara ciptaan lain yang dipercayai daripada maharaja ini ialah mahkota , balairung seri , galas busur, astronomi Cina, takwim Cina, ilmu hisab, peraturan muzik , dan cuju, iaitu suatu bentuk bola sepak yang purba. Baginda juga dipercayai terlibat dalam penciptaan cetra guqin, tetapi ada pihak lain yang menyebut Maharaja Yan sebagai pencipta bunyi-bunyian untuk lagu-lagu gubahan Ling Lun.
Menurut catatan tradisional, Maharaja Kuning juga merangsang ahli sejarah Cangjie untuk mencipta sistem tulisan Cina yang pertama, iaitu tulisan tulang nujum, sementara isteri utamanya Leizu mencipta penternakan ulat sutera dan mendidik rakyat jelata untuk menenun kain sutera dan mencelup warna pakaian.
Di satu ketika dalam pemerintahan baginda, Maharaja Kuning dikatakan pernah berangkat ke Laut Timur dan bersemuka dengan makhluk yang boleh bertutur iaitu Bai Ze yang mengajar beliau pengetahuan tentang segala makhluk ghaib. Makhluk ini menjelaskan kepada baginda bahawa terdapat 11,522 (atau 1,522) jenis makhluk ghaib.
Ukiran Chi You, musuh ketat Maharaja Kuning di Pertempuran Zhuolu, pada makam dinasti Han.

Peperangan

Menurut kisah turun-temurun, Maharaja Yan berdepan dengan ancaman "Sembilan Li"  yang diketuai oleh Chi You yang berkepala gangsa dan saudara-saudaranya yang bertanduk 81 dan bermata empat lalu ditewaskan. Yan berlari ke Zhuolu untuk memohon Maharaja Kuning. Ini disusuli oleh Pertempuran Zhuolu, apabila Maharaja Kuning menggunakan mergastua jinaknya sementara Chi You menggelapkan langit dengan menghembuskan kabus yang sungguh tebal. Oleh itu, baginda membangunkan Rata Tunjuk Selatan yang dipandunya untuk memimpin bala tenteranya keluar daripada kabus itu. Kemudian, baginda menyeru puaka kemarau Nuba untuk memadamkan ribut yang dihasilkan oleh Chi You. Kemudian, baginda menghapuskan puak Sembilan Li sebelum bermusuhan pula dengan Maharaja Yan lalu menewaskannya di kota Banquan dan mengambil tempatnya sebagai pemerintah utama.

Kemangkatan

Maharaja Kuning dipercayai telah hidup selama lebih seratus tahu sebelum bertemu dengan seekor burung cenderawasih dan seekor makhluk qilin dan akhirnya mangkat. Dua buah makam dibina di Shaanxi di dalam perkarangan Makam Maharaja Kuning, di samping yang lain-lain di wilayah Henan, Hebei dan Gansu.
Sesetengah Orang Cina zaman sekarang mengganggap diri mereka sebagai "Keturunan Yan dan Huang", sementara kelompok minoriti bukan Han di China mungkin memiliki mitos tersendiri ataupun tidak dikira sebagai keturunan maharaja ini.

SUMBANGAN TAMADUN CINA


         PengenalanTamadunan China adalah antara yang terawal wujud di muka bumi. Tamadun China merupakan antara tamadun yang terbesar kita pelajari selain Tamadun Indus, Mesapotamia dan Mesir. Tamadun China suatu ketika dahulu juga dikenali sebagai Tamadun Hwang Ho. Pembinaan tamadun Malaysia masih dalam fasa permulaan. Sebelum kita kaitkan sumbangan tamadun China dengan pembinaan tamadun Malaysia, kita haruslah mengenali dengan lebih baik apa itu tamadun China yang sudah berkurun lamanya.Tamadun China terletak di Lembah Hwang Ho dan meluas hingga ke bahagian selatan China. Perluasan kawasan ini bermula dengan kemunculan Dinasti Chin. Kelahiran empayar yang pertama itu menandakan satu peningkatan dalam tamadun China. Dinasti Chin bermula pada tahun 221 S.M.dan berakhir pada tahun 206 S.M.Maharaja Shih Huang Ti merupakan pengasas Dinasti Chin dan beliau berjaya memperluas jajahan takluknya hingga terbantuk sebuah empayar. Jajahan takluknya amat luas sehingga ke Sungai Merah di Vietnam. Zaman empayar merupakan zaman jajahan takluknya yang luas dapat disatukan di bawah sebuah pentadbiran pusat.Perluasan kuasa dalam tamadun China telah mengubah pemerintahan berbentuk sistem feudal kepada pemerintahan telah melahirkan empayar pada zaman Dinasti Chin dari tahun 221-206 S.M..Pada masa ini, konsep raja telah bertukar kepada maharaja. Pemerintahan oleh maharaja membolehkan pembentukan sebuah sistem pentadbiran atau birokrasi awam yang terdiri daripada pegawai yang dilantik oleh maharaja. Mereka yang dilantik terdiri daripada rakyat dan pelantikan tersebut dibuat oleh sebuah jawatankuasa dalam sistem perkhidmatan awam, iaitu Hon Kao Tsu.Pelantikan pegawai-pegawai ini diasaskan pada pencapaian mereka dalam peperiksaan awam.Sistem ini diwujudkan pada zaman Dinasti Han dan diteruskan oleh dinasti lain. Tokoh penting yang  memainkan peranan dalam hal ini ialah Shi Huang Ti.Dalam tamadun China, sistem perundangannya berteraskan dua prinsip utama, iaitu hukuman berat dan bercorak kolektif. Teras undang-undang ini adalah daripada falsafah legalisme. Undang-undang ini telah digubalkan dan diperkenalkan oleh ahli falsafah yang bernama Han Fei Tzu padazaman Dinasti Chin. Mengikut falsafah tersebut, undang-undang yang tegas dan kukuh dapat mengawal tingkah laku manusia. Dalam menjalankan undang-undang tidak harus wujud rasa belas kasihan. Undang-undang dan penguatkuasaannya harus dipelihara tidak kira dalam apa jua keadaan.Ini adalah perlu untuk membendung tidakan liar manusia, dan dengan sebab itu raja mestilah memiliki kuasa yang utuh. Undang-undang yang berasaskan falsafah ini bertentangan dengan undang-undang yang berteraskan ajaran Confucius yang diamalkan pada zaman selapasnya, iaitu Zaman Dinasti Han dari tahun 206 S.M..-8S.M. Ajaran Confucius menekankan keperluan raja mempunyai pekerti baik dan menjaga ke harmonian manusia serta masyarakat. Dalam Tamadun China, perluasan kuasa juga telah membawa kepada kelahiran empayar padazaman Dinasti Chin, iaitu di bawah pemerintahan Shih Huang Ti yang telah berjaya menyatukan seluruh kerajaan kecil di China. Shih Huang Ti memerintah secara autokratik, iaitu tegas dan mutlak.Beliau juga telah menghapuskan kuasa golongan bangsawan dengan melantik gabenor dan panglima tentera untuk mentadbir. Bagi mempertahankan empayar China daripada serangan orang gasar,beliau telah mengarahkan pembinaan Tembok Besar China. Kejatuhan Dinasti Chin telah diganti dengan kemunculan Dinasti Han. Pada zaman Dinasti Han kewibawaan Maharaja Han Wu Ti yang juga digelar sebagai Maharaja Tentera telah berjaya memperluas kawasan takluknya melalui angkatan tenteranya yang besar dan kuat. Antara kawasan yang berjaya ditaklukinya termasuklah Sinkiang, Lembah Tarim dan Tutor di utara, Yang Tze,Kwangsi, dan Kwang Tung di selatan. Pada zamannya, pengaruh China telah tersebar ke Jepun dan Turkistan serta keamanan dan kemakmuran negeri China telah berjaya diwujudkan. Dalam bidang pertanian, sejak Zaman Dinasti Han lagi, tenggala telah diperkenalkan untukmembuat batas tanaman, kolar kuda untuk membolehkan kuda menarik tenggala kayu, kereta kuda,dan kereta sorong beroda, selain penyisir tanah. Pada zaman Dinasti Tang, Song, Yuan, Ming, dan Ching, perkembangan terus meningkat dalam penciptaan alat kegunaan pertanian. Sistem penenaman secara bergilir telah diperkenalkan untuk menjaga kesuburan tanah. Kawasan bukit telah ditereskan untuk pertanian pada zaman Dinasti Shang. Sistem pengairan seperti pembinaan terusan telah dilaksanakan untuk memperoleh sumber air dalam pertanian terkawal. Kawalan terhadap banjir juga telah diambil berat dengan menggunakan terusan yang dibina. Perusahaan logam dan perusahaan tembikar telah berkembang sejak zaman Dinasti Han lagi.Hasil perusahaan tersebut didagangkan ke kawasan di luar China dan Barat. Hasil ini mula-mula dibawa melalui jalan darat, iaitu Jalan Sutera Darat dan kemudian melalui Jalan Laut mulai DinastiTang. Buktinya terdapat tembikar China di tapak-tapak pelabuhan kerajaan awal di kawasan-kawasan tersebut. Selain itu, barangan logam juga telah didagangkan. Hasil perusahaan China itu bukan sahaja didagangkan ke luar tetapi didagangkan di negeri China sendiri. Di negeri China, muncul persatuan perdagangan yang membawa kepada kelahiran golongan kelas pertengahan yang besar. Perkembangan ekonomi yang pesat dicetuskan oleh perkembangan dalam sisitem perhubungan, iaitu pembinaan jalan raya, jambatan, dan alat pengangkutan seperti kereta kuda dan kereta lembu.Dalam tamadun China, masyarakatnya menghargai pendidikan, perniagaan, dan kesusasteraan dengan matlamat utama pendidikannya adalah untuk lulus peperiksaan awam kerajaan. Terdapattiga peringkat pendidikan, iaitu peedidikan rendah, menengah dan tinggi. Pada peringkat sekolah rendah, pendidikan bertumpu pada kegiatan mengenal dan menghafal tulisan ideogram dan sembillan buah buku suci tanpa memahami maknanya. Pada peringkat menengah, tumpuan adalah terhadap karangan dan sastera, dan pada peringkat tinggi pula tumpuannya adalah untuk menterjemah buku suci.Pendidikan di China lebih terjurus kepada kepentingan untuk pentadbiran. Peperiksaan awam mengandungi tiga tahap, iaitu tahap pertama Hsiu Tai, tahap kedua Chun-Jen, dan tahap ketiga ChinShih. Tahap pertama setaraf dengan ijazah pertama, tahap kedua setaraf dengan sarjana dan tahap ketiga setaraf dengan doktor falsafah seperti yang terdapat pada zaman moden ini. Peperiksaan tahap pertama dijalankan di daerah, tahap kedua di ibu kota daerahdan tahap ketiga di ibu kota empayar yang bertempat di istana, iaitu di hadapan maharaja. Mereka yang lulus tahap atau ijazah pertama yang berpeluang menjadi pegawai kerajaan dan ijazah ketiga pula layak menjadi pendiik.Peperiksaan awam tahap ketiga, diadakan tiga tahun sekali. Sistem peperiksaan awam China adalah yang tertua di dunia.Tamadun China mempunyai reka bentuk seni binaan yang agak berlainan daripada tamadun lain.Salah satu seni binaan yang telah dihasilkan ialah Tembok Besar China. Tembik ini dibina sejak zaman Dinasti Chou dan telah diteruskan oleh dinasti berikutnya. Tembok ini dibina sepanjang 1500batu dari Kansu ke Peking. Sementara itu bandar-bandar China purba seperti Changan, Anyang,Peking dan Loyang juda dibina dengan rekaan yang mempunyai tembok batu. Tembok-tembok dikawasan bandar lain pula dibuat daripada tanah liat dan batu-bata. Malahan di kampung-kampung juga terdapat tembok biarpun dibina daripada tanah limpur. Setiap tembok ini terdapat pintugerbang yang dikelilingi oleh parit yang besar dan menara.
         
       Kawasan di dalam tembok ini menempatkan kediaman maharaja. Salah sebuah istana maharaja yang masih kekal sehinggan kini ialah Kota Larangan. Istana ini mempunyai banyak dewan dan taman. Dewan ini berfungsi sebagai balai penghadapan serta tempat pagoda. Kuil-kuil ini terdiri daripada beberapa buah bangunan yang merangkumi tempat tinggal, ruang tetamu dan pusat pemujaan. Namun demikian bentuk ini hanyalah untuk kuil yang besar, pagoda pula berbentuk meninggi sehingga 15 tingkat. Biasanya, pagoda mempunyai bentuk oktagon dan segi empat sama.Walau bagaimanapun, bentuk ini tidak tetap bagi semua binaan dan tempat. Secara keseluruhannya, kita dapat mengetahui dan mempelajari sumbangan tamadun Chinayang masih bertahan hingga hari ini. Teknologi pembinaan seperti yang digunakan dalam pembinaan Tembok Besar China merupakan warisan yang dikagumi dan berharga sebagai sumber pelancongan dan juga sumber contoh seni bina. Tamadun China juga mewariskan teknologi membuat kertas dan tembikar. Semasa Dinasti Tang, mercun talah diciptakan. Pada mulanya, mercun ini digunakan untuk meraikan sesuatu perayaan sahaja. Kemudiannya, mercun digunakan secara meluas untuk peperangan.Kompas yang pertama juga dicipta oleh penduduk China. Sebernanya, tujuan utama penciptaan tersebut adalah untuk keagamaan sahaja. Kompas itu diperbuat daripada kayu dan sebatang sudu magnet.Setiap tamadun juga meninggalkan hasil sastera yang masih dibaca dan dijadikan rujukan hingga ke hari ini. Tamadun China juga tidak dikecualikan. Tamdun China meninggalkan rekod sejarah dalam bentuk ensiklopedia, kisah perjalanan dan matlumat geografi yang dapat digunakan sebagai sumber sejarah. Selain itu, tamadun China juga merupakan tempat kemunculan ajaran utama di dunia,iaitu Confucianisme dan Taoisme. Ajaran Confunisme diasaskan oleh Confucius yang lahir padasekitar 551 S.M. di negeri Lu (di Shantung). Beliau pernah menjadi pegawai kerajaan negeri Lu.Namun demikian, beliau telah meletakkan jawatan dan telah mengembara untuk menyebarkan ideanya kepada penduduk China. Masyrakat China telah menjadikan ajaran ini sebagai kepercayaan dan tokoh Conficius telah disembah sebagai salah satu dewa penting dalam masyarakat China.Secara umumnya ajaran ini menekankan prinsip moral yang tinggi seperti perkemanusiaan (ren),kesusilaan (li), dan ketaatan kepada ibu bapa (xiao). Untuk mencapai ketinggian moral ini, seseorangitu haruslah mendapat pendidikan. Prinsip moral ini juga harus dipertegaskan kepada semua lapisan mayarakat. Salah satu lagi ajaran yang penting dalam tamadun China ialah Taoisme. Ajaran ini muncul agak lewat berbanding dengan ajaran Confuicianisme. Pengasas kepada ajaran ini ialah LaoTze. Beliau lahir di negeri Chu pada sekitar tahun 604 S.M.. Beliau juga pernah bekerja di negeriChou. Seperti Confucius, Lao Tze juga telah mengembara ke luar untuk menyebar pengaruhnya.Beliau telah menghasilkan buku yang bertajuk "Tao Te Ching" yang mengandungi idea falsafahTaoisme. Taoisme ini pada asalnya berbentuk falsafah tetapi kemudiannya menjadi ajaran berbentukagama. Dasar ajaran ini lebih menumpukan konsep Tao yang bermaksud jalan. Setiap tindakan akand itentukan oleh Tao. Oleh sebab itu manusia tidak harus bertindak terhadap apa-apa yang berlku.Keadaan ini dirujuk oleh Tao sebagai tidak mengambil sebarang tindakan atau wu-wei. Jika manusia bertindak, maka, perkara ini adalah bertentangan dengan prinsip wu-wei dan akan merosakkan dunia. Oleh sebab itu Lao Tze tidak mnyetujui bahawa manusia boleh mengubah sesuatu ke arah kebaikan.

TEMBOK BESAR CINA




Orang China berbangga kerana Tembok Besar projek yang paling besar dalam sejarah manusia. Tembok Besar itu berliku-liku, terletak di utara China dan mempunyai pemandangan alam yang unik, sehingga dikunjungi oleh ramai pelanconng China dan luar negara. Pada tahun 1087, Tembok Besar telah disenaraikan oleh UNESCO sebagai warisan budaya dunia.
Tembok besar mulai dibina pada zaman Negara_Negara Berperang lebih 2000 tahun yang lalu, merupakan projek pertahanan pada zaman purba yang paling panjang dan paling besar di dunia.
Sebelum Maharaja Qinshihuang menyatukan China pada tahun 221 sebelum Masihi, banyak negeri di pelbagai tempat di China telah membina Tembok Besar. Setelah Dinasi Qin ditubuhkan, Tembok Besar di pelbagai negeri dihubungkan menjadi "Tembok Besar" tembok pertama yang sepanjang lebih 5 ribu kilometer. Sehingga Zaman Dinasti Han, Tembok Besar sepanjang 10 ribu kilometer.
Tembok besar yang dilawati oleh pelancong kini adalah Tembok Besar yang dibina Pada Zaman Dinasti Ming lebih 700 tahun yang lalu. Lama-kelamaan, kebanyakan Tembok Besar yang dibina pada pelbagai Dinasti tidak utuh. Tetapi, Tembok Besar yang dipelihara dengan agak utuh ialah Tembok Besar yang dibina pada Zaman Dinasti Ming. Ia bermula dari Tembok Gerbang Jiayuguan Provinsi Gansu di barat China, sehingga ke Sungai Yalu di Provinsi Heilungjiang timur laut China, panjangnya lebih 6 ribu kilometer.


 

Ketua Setiausaha Persatuan Pengkajian Tembok Besar China Encik Dong Yaohui berkata: "Dalam catatan sejarah, Tembok Besar pada Zaman Dinasti Ming sepanjang 6350 kilometer".
Projek utama Tembok Besar ialah tembok yang tinggi dan panjang, ia dibina di puncak yang gunung tinggi atau dataran yang bentuk buminya berbahaya, agar dapat mengadakan pertahanan yang baik. Di atas Tembok Besar, terdapat seratus buah tembok gerbang serta puluhan ribu buah stesen pengesan musuh dan menara pengawal. Pasukan yang mengawal di Tembok Besar akan menggagalkan serangan musuh dengan menggunakan tembok yang tinggi dan kukuh. Banyak pertempuran yang dahsyat dilancarkan di Tembok Besar.
Tembok Besar juga telah mengalakkan pembangunan ekonomi China. Pada masa dahulu, penduduk yang menetap di utara China ialah etnik minoriti nomad, orang bangsa Han yang menetap di daerah tengah China membina Tembok Besar secara berterusan untuk melindungi hasil pertanian dan mencegah rompakan kaum nomad. Encik Dong Yaohui berkata: " Tamadun bangsa China dapat dikekalkan dalam jangka panjang, dan sistem pertanian dapat berkembang dengan cepat, Tembok besar telah memainkan peranan yang amat penting. Ia menjamin perkembangan tenaga produktif yang maju, dan juga menggalakkan perkembangan ekonomi di kawasan nomad, agar pertanian dan ekonbomi kaum nomad mencapai perkembangan yang besar.
Malahan kini, Tembok Besar bukan hanya sebagai kemudahan ketenteraan, ia menjadi salah satu lambang bangsa China. Ia telah menarik ramai pelancong asing. Tembok Gerbang Juyongguan Badaling di pinggir Bandar Beijing, Tembok Gerbang Jiayuguan di Provinsi Gansu serta Tembok Gerbang Huangyaguan Tianjin dn Tembok Gerbang Shanhaiguan Provinsi Hebei sudah menjadi destinasi pelancongan Tembok Besar yang terkenal di China dan luar negara.
Tembok Besar Badaling yang terletak di utara Beijing dipelihara dengan paling utuh, satu tempat yang selesa untuk mendaki tembok besar dan menikmati pemandangannya. Tembok yang tinggi dan kukuh, kebanyakannya dibina dengan batu granit dengan berlatarbelakangkan gunung, ketinggiannya purata kira-kira 8 meter, terdapat sebuah stesen pengesan musuh yang terletak sejauh 200 meter antara satu sama lain.
Pada setiap hari, terdapat ramai pelancong China dan luar negara yang melawat Tembok Besar. Encik Bernas dari Perancis berkunjung ke Tembok Besar buat kali kedua. Beliau berkata: "Ini adalah kali kedua saya melawat Tembok Besar. Ia merupakan salah sebuah tembok yang sangat megah dan paling besar di dunia. Saya berasa terharu dan amat gembira setelah datang ke sini dan tidak akan melupakannya. Walaupun, pada musim sejuk, salji melitupi puncak gunung, tertapi hari tetap cerah. Saya berharap, jika anda berpeluang ke China, jangan lupa melawat Tembok Bersar, dan ia tentu akan meninggalkan kenag-kenangan yang manis.
Dalam masa 10 tahun yang lalu, China melaksanakan projek perlindungan Tembok Besar, membaik pulih sebahagian runtuhan Tembok Besar. Ketua Setiausaha Persatuan Pengkajian Tembok Besar China Encik Dong Yaohui menjelaskan: "Sebagai artifak yang istimewa, Tembok Besar tidak boleh disimpan sama seperti bangunan purba yang lain, Oleh itu, kerja perlindungan Tembok Besar perlu kerjasama semua orang dan meningkatkan kesedaran di kalangan semua rakyat untuk melindunginya.